PERUTUSAN

#BERSATU&BERKOPERASI

perutusan pengerusi

  Tujuan kita menubuhkan KO-BEST adalah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggotanya mengikut prinsip koperasi dan menjaga kebajikan ahli Bersatu khasnya dan membantu kesemua rakyat Pribumi di Malaysia keseluruhannya.

  Sesungguhnya gerakan koperasilah satu-satunya platform yang terbaik untuk memajukan ahli parti dalam semua sektor. Marilah kita bersatu melalui gerakan koperasi, Kita kongsi modal bersama-sama, kita berniaga bersama-sama dan kita kecapi Kemakmuran bersama-sama. Itulah konsep gerakan Koperasi yang sebenar.

  Saya berharap Anggota Lembaga KO-BEST akan berkerja kuat mendapatkan Projek yang sustainable supaya KO-BEST sentiasa boleh memberi dividen yang konsisten kepada anggotanya setiap tahun. Sehubungan dengan itu, KO-BEST akan menubuhkan beberapa anak syarikat bagi memudahkan kita mengambil bahagian dalam 10 sektor utama yang telah dirancang. Dari segi aktiviti kebajikan dan pendidikan pula, KO-BEST akan menubuhkan sebuah Yayasan.

  Sesungguhnya dengan tertubuhnya Koperasi Pribumi Bersatu Malaysia Berhad ini akan memberi banyak peluang pekerjaan dan perniagaan yang boleh membantu menjaga kebajikan ahli-ahli Bersatu dan rakyat Malaysia keseluruhannya. InsyaAllah.